top of page
KOTA LAMA DUYONG

Selamat Datang ke Kota Lama Duyong!
Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong kira-kira tujuh (7) kilometer dari pusat bandar.
Kota Duyong mempunyai sembilan (9) buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang bersambungan dengan dapur, bilik mandi, selang, beranda dan titian. Reka bentuknya mirip Istana Kecil Raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan memasukkan unsur-unsur pengaruh seni bina asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada tiang dan dinding batu.
Bangunan (rumah) ini memperlihatkan jenis rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berpeleh, Lima Bungkus dan Potong Belanda dengan dihias ukiran sobek di sekeliling beranda.


bottom of page