top of page
KOTA LAMA DUYONG
Projek ini merupakan satu usahasama penyelidikan yang diterajui oleh UKM dengan kerjasama UIAM dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu di bawah geran Trans UKM pada tahun 2022. Laman sesawang ini berfokus kepada penelitian terhadap premis milik Lembaga Muzium Negeri Terengganu iaitu Kota Lama Duyong, atau turut dikenali sebagai Rumah Dato Biji Sura.
Selain menyalur maklumat tentang sejarah dan latar belakang kota lama ini, laman sesawang ini turut bermatlamat memberi pendedahan tentang kod rekabentuk bangunan ini sebagai satu aset warisan. Diharapkan informasi yang disajikan mengenai Kota Lama Duyong dan kawasan di sekitarnya dapat berperanan sebagai panduan pembangunan dan penjanaan lokaliti setempat ke arah kelestarian warisan negeri Terengganu Darul Iman.



bottom of page